Monday, 22 August 2016

MUKA HADAPAN

DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG SETIAP KAUM DARI SUDUT SOSIO BUDAYA DAN AGAMA

PUAN NORHAYATI : JABATAN PENGAJIAN AM

AHMAD FAIZ BIN ARBAANIN  (02DKM14F1166)
MUHAMMAD HAZIQ BIN OMAR  (02DKM14F1091)
MUHAMAD AZHAR BIN ABD HAMID  (02DKM14F1096)
MUHAMAD AFIQ BIN HELMI  (02DKM14F1021)
MUHAMMAD FAKHRUL HISYAM BIN ALIM  (02DKM14F1039)


DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DKM5A /SEKSYEN 2/SEKSYEN 4

JUN 2016

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN :


1) OBJEKTIF


2) PENGENALAN


3) REALITI MASYARAKAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


4) KEPELBAGAIAN AGAMA



5) CARA UNTUK MENJAGA BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG DARI ASPEK        SOSIO BUDAYA


6) KESIMPULAN


7) SUMBER RUJUKAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF :



1) Membentuk sebuah negara yang berbilang kaum kekal aman dan makmur berlandaskan setiap pegangan agama.


    2)Mengekalkan adab dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan merurut aspek sosio budaya         dan agama.

    3)Mewujudkan sebuah kaum yang setiasa menjaga pantang larang yang tersendiri


PENGENALAN

PENGENALAN :



Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik.Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama,kepercayaan dan adat resam tersendiri.Setiap kaum diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping menghormati kebudayaan kaum-kaum lain.




Dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa agama Islam merupakan agama Persekutuan.Namun pada masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Justeru, kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam negara tidak  menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

REALITI MASYARAKAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

REALITI MASYARAKAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


Sejarah Malaysia memiliki latar belakang penerimaan pelbagai kaum dan agama lain dalam melaksanakan pembangunan ekonomi di bawah pemerintahan British (divide and rule). Kesediaan orang Melayu menerima kaum-kaum lain dan agama mereka telah membuka jalan bagi pergaulan etnik yang bersepadu iaitu orang Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera lain seperti Iban, Kadazan dan sebagainya. Bahkan Negara Malaysia telah menerima liga agama utama dunia iaitu Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian di samping pelbagai kepercayaan animisme.

Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kehadiran kaum dan agama lain mempunyai kaitan yang akrab dengan agama Islam. Kehadiran agama Islam yang dibawa oleh para mubaligh Islam dan penerimaan raja-raja Melayu sebagai ketua Negara telah mensinonimkan bangsa Melayu dengan agama Islam. Lantaran itu, agama Islam yang kita kenal hari ini telah berjaya mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat hingga ke hari ini.

Dimensi agama merupakan satu pendekatan perpaduan untuk menyatupadukan masyarakat sesama kaum dan antara kaum. Di Malaysia, amalan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum telah lama difikirkan oleh para pemimpin dari sudut penekanan agama. Malah syarat mendapatkan kemerdekaan dari tangan British ialah perpaduan yang dimasukkan dalam agenda Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk. Dalam artikel 3(1) ada menyebutkan bahawa, “Ugama Islam ialah ugama Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh dipraktikkan dengan aman damai di mana-mana bahagian kawasan persekutuan.”.

Pada masa yang sama, artikel II menyatakan bahawa setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyelenggarakan hal ehwal agama atau khairat dan boleh memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
Perlembagaan persekutuan juga telah diperkukuhkan melalui penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk setiap lapisan masyarakat, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Prinsip yang dibentuk ini merupakan ikrar setiap rakyat Malaysia bagi mewujudkan rasa cinta dan taat setia kepada Negara di bawah satu payung pemerintahan tanpa mengira bangsa dan agama.

Perlembagaan berfungsi mengisi konsep kenegaraan dan telah memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu pula diangkat menjadi bahasa rasmi Negara dengan keistimewaan institusi Raja-raja Melayu berperlembagaan. Penerimaan kepada perlembagaan ini juga merupakan kesediaan setiap individu untuk bersatu, bekerjasama dan berkongsi dengan menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing.

Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Negara telah membolehkan penganut agama-agama lain mengamalkan agama mereka dengan aman. Kewujudan pelbagai bangsa dan agama merupakan sesuatu yang sudah ditetapkan dan sebagai sebahagian dari nikmat Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat 49 ayat 13 yang bermaksud, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu, dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) sesungguhnya Allah amat mengetahui dan amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah tanpa melihat kepada bangsa, warna kulit dan kedudukannya. Islam juga melihat masyarakat bukan Islam sebagai anggota masyarakat yang diberi hak untuk hidup bersama dengan rukun dan damai. Tiada halangan untuk mereka saling bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Allah SWT hanya membezakan kedudukan manusia di sisi-Nya adalah dari segi keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT.

KEPELBAGAIAN AGAMA

KEPELBAGAIAN AGAMA :

Agama merupakan satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat.Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh pelbagai agama iaitu Islam.Hindu, Buddha,Kristian dan lain-lain.Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak.Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agam hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan, keadilan,toleransi dan kesejahteran rakyat.

Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan Allah  yang penuh dengan hikmah.  Alam ini  dipenuhi dengan pelbagai ciptaan dan makhluk sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah. Walaupun terkadang antara ciptaan tersebut dilihat saling bertentangan seperti kejadian malam dan siang, langit dan bumi, lelaki dan perempuan dan sebagainya. Namun inilah kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja tanpa mampu ditahan atau disekat. Justeru, hal ini juga mempunyai persamaan dengan perbezaan yang ada pada setiap manusia khususnya yang menyentuh soal anutan atau kepercayaan. Perbezaan ini bukanlah alasan untuk melakukan pencerobohan terhadap pihak lain, tetapi seharusnya diyakini bahawa ia memberi petunjuk manusia perlu kenal-mengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar kepelbagaian seperti ini yang disebut di dalam kitab Al-Quran.

Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap individu dan kerajaan kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai kestabilan dan keutuhan dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Cabaran yang lebih besar sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh pelbagai etnik yang semestinya menganut pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat dan budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi. Hakikatnya, bumi ini adalah seumpama sebuah negara yang besar yang dihiasi dengan pelbagai bentuk keunikan budaya dan peradaban.

Atas kebijaksanaan Allah dan hikmahNya yang agung, manusia yang menghuni bumi ini, walaupun mempunyai pelbagai perbezaan perlu berinteraksi[1] dan bekerjasama bagi memastikan kestabilan dan keharmonian seluruh masyarakat manusia. Interaksi ataupun dialog antara manusia ini merupakan suatu kemestian dan perlu diusahakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran.

Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari berbilang etnik, budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya. Usaha-usaha ke arah menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis antara semua bangsa dan agama. Mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan dan aktiviti keagamaan malah boleh berinteraksi antara satu sama lain secara harmoni dan sejahtera. Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang terbuka dan bersedia berkongsi prasarana Negara dan bertoleransi dalam mencapai kesepakatan dalam pembangunan yang dirancang.
Walau bagaimanapun, kadang–kala timbul beberapa isu dan konflik yang menggugat perhubungan yang sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang sering tergigit, inikan pula manusia yang mempunyai kepelbagaian pendapat, tingkah laku dan sikap. Malah perbezaan nilai-nilai bangsa dan agama sering menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini bagi mendapatkan hak dan kepentingan bangsa serta agama masing-masing.

Isu polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia yang mempunyai keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan curiga, prasangka, dengki dan pelbagai sifat negatif yang boleh mencetuskan suasana huru-hara, kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia kerana sifat-sifat yang disebutkan. Malah beberapa isu perkauman terus berlaku apabila wujudnya isu perpecahan kaum di Kampung Medan, isu membakar gereja, isu membuang kepala khinzir dalam masjid, isu menconteng surau dan sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan Negara.

CARA UNTUK MENJAGA BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG DARI ASPEK SOSIO BUDAYA

CARA UNTUK MENJAGA BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG DARI ASPEK SOSIO BUDAYA


1.       Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat


2.   Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.

3.   Menyemai  pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.
Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Seperti yang kita tahu, rakyat malaysia terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum,pelbagai etnik dan berbeza pegangan agama. dengan itu setiap kaum mempunyai batas pergaulan dan pantang larang yang tersendiri. Seperti yang dibincangkan, pelbagai cara dan kaedah untuk terus menjaga batas pergaulan dan pantang larang kita sesama masyarakat dari aspek sosio budaya dan agama.Kita juga mestilah menerapkan pelbagai ninai nilai murni dalam kehidupan seharian untuk memastikan perhubungan kita sesama masyarakat kekal terjalin justeru mengekalkan pantang larang dan menjaga segala batas pergaulan.

SUMBER RUJUKAN

SUMBER RUJUKAN



    
    1)  AL-QURAN DAN TERJEMAHAN




    3)  ABDULLAH BASMEIH . 2001. TAFSIR PIMPINAN AL-             RAHMAN KEPADA PENGERTIAN AL-QURAN.


    4)  ABDUL AZIZ YUSUF. (2003). KOMUNIKASI UNTUK               PENGURUS. KUALA LUMPUR: UTUSAN PUBLICATION         & DISTRIBUTOR SDN. BHD KUALA LUMPUR: JABATAN       PERDANA MENTERI.



    5)  AHMAD MARZUKI ISMAIL. (2007). KOMUNIKASI ASAS        UNTUK PELAJAR. SHAH ALAM: KARISMA                              PUBLICATIONS SDN BHD.